Rabu, 22 Juni 2011

MAKNA KALIMAH KULLU PADA KULLU BID'ATIN DHALALAH

Kalimah "Kullu" menurut ahli bahasa adalah salah satu bentuk kata umum. Imam Syatibi menjelaskan kaedah hadis ini yang menekankan kalimah kullu, iaitu:

مَحْمُوْلٌ عِنْدَ الْعَلَمَاء عَلَى عَمُوْمِهِ ، لاَيُسْتِثْنَى مِنْهُ شَيْءٌ اَلْبَتَّة وَلَيْسَ فِيْهَا مَا هُوَا حَسَنٌ اَصْلاً

"Menurut ulama, hadis ini diterapkan pada keumumannya tanpa ada pengecualian apa pun darinya. Pada bid'ah (di hadis ini pula) sama sekali tidak ada yang disebut (bid'ah) yang baik". (الفتوى Hlm. 180-18 Syatibi. Lihat: علم اصول البدع hlm. 91 Ali Hasan).

ADAKAH BID'AH TERBAHAGI DUA?

Beberapa golongan ulama ahli Sunnah wal Jamaah dari kalangan Salaf as-Soleh telah membahagikan bid'ah kepada dua bahagian iaitu bid'ah yang diistilahkan sebagai bid'ah hasanah (بِدْعَةٌ حَسَنَةٌ) "bid'ah yang baik" dan bid'ah dhalalah (بِدْعَةٌ ضَلاَلَةٌ) "bid'ah yang sesat". Perselisihan dalam soal pembahagian bid'ah timbul lantaran kekeliruan umat Islam selepas zaman as-Salaf dalam memahami istilah bid'ah dan kesilapan pada memahami maksud dari penggunaan bahasa bid'ah itu sendiri oleh masyarakat 'Ajam (bukan Arab). Antara punca-punca yang lain ialah :